Kesayangan

Sunday 2 October 2011

Jodoh itu rahsia Allah...

  Alhmdulillah, selesai sudah pergi khusus kahwin selama 2 hari berturut-turut! Tak sangka terlalu cepat untuk saya lalui detik2 ini;) Yelah, ingatkan lama lagi nak berumahtangga, tapi dah sampai seru dari illahi, saya terima, syukur alhamdulillah. Banyak sangat ilmu baru & pengajaran yang telah saya perolehi. Sungguh berilmu! Jadi, bagi yang dah bersedia nak berumahtangga tu jangan la lambat2. Pergilah!!! Lagi cepat lagi bagus.
Antara ilmu yang saya dapat hari ni adalah kita sebagai pasangan yang akan berkahwin, perlu melengkapkan diri dengan persediaan tertentu yg meliputi ilmu fardhu & fardhu kifayah, sama ada yang berkaitan dengan persediaan fizikal, mental, spiritual, ekonomi & sosial. Penekanan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan matlamat pembinaan keluarga bahagia dapat dicapai.
Tetapi, dalam setuju saya, ada terselit pendapat saya yang mengatakan tak setuju jika khusus kahwin ni dihadiri oleh pasangan yang akan melayari bahtera perkahwinan sahaja, sebab sepatutnya perlu dihadiri oleh pasangan muda yang baru mula nak bercouple! Baru diorang faham apa sebenarnya erti sesuatu perhubungan. Dari situ, barulah lahirnya keikhlasan dan akan lebih menghargai pasangan masing2. Jadi, insyaAllah, tak akan timbul masalah di kemudian hari. Ini pendapat ikhlas saya >,<
Setiap manusia kan mempunyai pemikiran yang berbeza, jadi terpulanglah pada diri masing2;) Apa yang terbaik kita kongsi bersama, wasalam.


Cebisan hati...
               Aku ingin memiliki seorang yang bisa menjagaku, 
          menjadi imam di dalam kehidupanku,
          yang menuntut aku ke jalan Mu ya Allah.
          yang mengusap air mataku ketika aku menangis, 
          yang mencium keningku ketika aku tidur,  
          yang menegur aku ketika aku salah, 
          yang selalu mencintai aku dengan tulus.

No comments:

Post a Comment

Komen letak kat sini: