Kesayangan

Tuesday 27 September 2011

Bermulanya di sini...


   Hari ni, tanggal 27 September detik ulangtahun kelahiran saya;) cepat betul masa berlalu. Pejam celik makin tua plak rasanya;p Tak sangka dari sebesar tapak tangan dilahirkan, kini dah berubah menjadi dewasa. Istimewanya  birthday saya, akan disambut dengan abah sekali. best kan? sebab kami lahir tarikh yang sama! Bertuah rasanya;) Abah pernah cakap: ''Angah, hadiah terbaik yang pernah abah dapat sempena ulangtahun kelahiran abah adalah dengan lahirnya anak abah di dunia ni''.  Sungguh terharu rasanya >,<
 Abah, di kesempatan ini angah nak ucapkan "Selamat menyambut ulangtahun kelahiran abah;) angah doakan moga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, serta kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kehidupan abah serta kita sekeluarga di dunia & akhirat, amin". Terima kasih kerana menjadi seorang pemimpin & abah yang terbaik untuk kita  sekeluarga.
    Oh ye! terima kasih juga saya ucapkan buat semua kawan2 yang wish kat facebook, sms & yang call sambil menyanyi tu, suara korang memang best! hehe;) InsyaAllah semua ucapan tu akan dibalas k! 


Happy Birthday to me;)











Happiness is not at the destination, but in the  flower that you smell along the way...



    

No comments:

Post a Comment

Komen letak kat sini: