Kesayangan

Thursday 5 April 2012

Chocolate moist cake;)


Nyum! Nyumm! nampak sedap kan?
Sape tak suka coklat kan? kalau dulu masa kecik-kecik apa yang berkaitan coklat confirm tak tolak;p
 Sebab coklat ni sedap!
Tapi, jangan tak tau terdapat khasiat lain yang terkandung dalam coklat ni di mana kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal! Wah! lepas ni, boleh la amalkan makan coklat selalu kan?
So, untuk entry kali ni saya nak share pada semua cara-cara untuk nak buat kek coklat ni!


BAHAN- BAHAN

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 minyak masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

 __________________________________________________________________________________

 Topping & hiasan

1/2 bar coklat masakan
2 sudu butter
1/2 sudu gula pasir
beberapa titik esen vanila
Coklat rice

CARA-CARA PENYEDIAAN

1)  Panaskan pengukus.
2)  Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko + baking  powder + baking soda.
 



3)  Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih & masukkan gula, pukul lagi hingga   
     kembang.




4)  Kemudian, masukkan tepung yang siap diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan air 
     suam. Kacau menggunakan senduk kayu @ spatula kemudian masukkan titisan esen vanila +
     susu pekat & minyak masak. Kacau sebati.
5)  Tapi, perlu diingat jangan over mix & perlu gunakan kaedah kaup balik.
6)  Alaskan acuan bulat @ petak dengan baking sheet & curahkan adunan di dalam acuan.
7)  Tutup permukaan acuan dengan aluminium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek.
8)  Kukus selama 1 jam 30 minit, sejukkan.
9)  Untuk topping, campurkan coklat masakan + butter + gula & beberapa titik esen vanila.
     ( Guna kaedah double boiler )
10) Kemudian, curahkan pada kek yang telah sejuk tadi.




11) Dan yang terakhir, taburkan je coklat rice di atas! Siap;)



 Selamat  mencuba=)



Wednesday 4 April 2012

Memoir to be cherish...!


Baru hari ini jari jemari ini berkesempatan untuk menaip & mengupdate blog yang sekian lamanya tak diusik;) Bukan apa, bulan lepas kesihatan x berapa nak baik... demam hampir seminggu!
 badan lemah x boleh bangun! Ya Allah tahap sakit kepala bagaikan dihentak ke dinding, 
ditambah lagi dengan selsema & batuk. 
Ooooh tidak! Rupa-rupanya suspek denggi;(
 Tapi, masih di peringkat awal.. jadi, terpaksa berulang alik ke klinik & hospital untuk cek darah, makan ubat, banyak minum air masak. Tak lupa jugak untuk amalkan petua orang dulu-dulu supaya amalkan makan sup ketam.
 Alhamdulillah...syukur Tuhan, kini dah beransur pulih;)  

Oh ye! saya nak share pasal memori semalam!

Awal pagi dah bangun untuk memasak! Yeah! saya suka memasak!!! hehe;)) memasak untuk sahabat-sahabat saya yang dah lama tak jumpa.
Saya masak apa?
 Taraaaa!

Errrkkk ~,~  Ooookey pavlova lagi!

Bukan ape, mereka-mereka yang cantik tu amat teringin nak merasa menu ni.. so, saya yang memang suka memasak ni pun rajin la untuk membuatnya lagi;)
Tapi, pavlova ni ada kelainan cikit sebab ada penambahan serpihan coklat berbanding sebelum ni.
Ada 1 lagi menu yang saya buat untuk diorang iaitu Laksa Penang, tapi maaflah tak sempat nak tangkap gambarnya sebab dah terlambat... (amik apa yang sempat je la kan!)


 Hah ni la dia mereka-mereka yang cantik itu! sahabat-sahabat yang saya sayang;-)  
Intan, Kak Zana, Hanim, & Adik Leen
Okey! sila, abaikan yang biasa dilihat itu...
saya kelihatan agak tembun di situ;p
Alhamdulillah hampir 6 tahun kami bersama, perhubungan yang dibina bersulamkan
 kepercayaan, keikhlasan & kejujuran walaupun adakalanya rajuk di hati. 
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak dalam perhubungan.  
Ewah! bermadah plak;p
Walaubagaimanapun saya nak bagitau yang saya sayangkan diorang!

Dan yang paling happy sangat diorang telah menghabiskan sume makanan yang telah saya masak!
Hehe;) Thank's u olsssss!