Kesayangan

Saturday 29 October 2011

Hadapi Kepayahan



Ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dahsyat dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan.


Renunglah semua masa lalu dan masa depan kita bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti .
Orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang. 
Mudah-mudahan Allah menjadikan sesuatu yang menyenangkan selepas itu.





Ada dua jenis nikmat yang sentiasa menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa iaitu nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang yang terluang.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Tuesday 25 October 2011

I Love Johor!


Adoi, asyik tukar menukar jek ~,~ hehe=)  Naik pening kepala ni hah nak settings. Dari love- love kepada kartun2, tukar plak ke adik-adik;p Last2, back to normal je la... Nanti bila diletak love2, orang fikir kita ni hot bercinta. Bila diletak bunga2, orang fikir dalam hati ada taman plak & bila diletak kartun, difikirnya plak kita ni macam budak2. Adeh, takpe la... Pengakhirannya, tinggalkan  cebisan LOVE  je >,< 

   Oh ye, lama plak dah tak update blog ni. Bukan apa, minggu lepas bercuti ke Muar (rindu mak abah:-*) lepas tu, terus ke JB tempah kain nak buat baju. Alang-alang berjalan cari makan la;p 


Hujan lebat @,@

   Dalam perjalanan  ke sana, suasana langit mendung berarak, petir sambar menyambar, hujan tak berhenti turun dengan lebat.  Tetapi, dalam 45 minit lepas tu, keajaiban berlaku. 




                                                           Taraaa!!!
Cantik kan?

        Tak sangka plak dapat tangkap gambar pelangi ni. Yelah, pelangi tak selalunya muncul. Bila bernasib baik & diizinkan Tuhan je baru boleh nampak. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, orang kata :
    
"Bila nampak pelangi, jangan sesekali tunjuk jari pada pelangi tu! Nanti takut jari kita kudung" Hehe, rasanya itu bukan fakta, tetapi auta kot ~,~
Tetapi, yelah, dulu-dulu mana la tau apa... budak2;p

A blue & gold sunset
   
   Pemandangan matahari terbenam. Lawa kan? Gambar ni, diambil di atas kediaman Mak Normah Cantik;) betul-betul berhadapan dengan Danga Bay.






Nyum ! Nyum!



Masa untuk makan! Kalau korang ke JB, cubalah makan kat sini... Nama kedai ni Tip Top Ikan Bakar! Bukan hanya bersandarkan nama semata-mata, bahkan makanan kat sini memang tak mengecewakan.  Tip Top!
Lokasi kedai ni betul-betul berada di kawasan kediaman istana  & ianya juga merupakan makanan favourite kaum kerabat Johor.
Cubalah  -__-

Friday 21 October 2011

Music video Anak Merdeka 2011 !!!






                               

   Hehe, tersenyum sorang-sorang plak petang2 ni, yelah klaka je bila tengok balik video ni... Oh ye, ini ialah salah satu pengalaman terindah saya sewaktu penggambaran di mana klip video ini dilakukan di dua tempat iaitu di Sg. Chincin, gombak & empangan Ulu Yam, Selangor. 
Antara artis yang terlibat untuk menjayakan video klip ni ialah Hafiz, Adira, Hazama, Fina, Aizat, Altimet, Najwa & Azlan Typewritter.  Motif utama cerita ni, nak tolong nenek cari durian... jadi saya sebagai cucu, mintak tolong kawan2 sume carikkan kat semua tempat, tapi tak jumpa;(  Apa lagi? kitorang semua ikhtiar la! Di pertengahan jalan ada lori rosak, kitorang semua bantu la abang lori tu.. Tup Tap! Tup Tap! Hafiz jumpa durian selori kat belakang. Hehehe, rezeki >,<
   
Punya lah seronok dapat durian banyak, kitorang singgah lah di perhentian menghabiskan semua durian tadi. Last2 lupa nak tinggalkan untuk nenek;( Nasib baik tinggal sebiji jek ~,~ jadilah.... 
Opsssss, Oh ye! untuk pengetahuan korang, abg Altimet tak makan durian tau!  Hehe;)
Pengajaran dari cerita ni, kitorang semua bersatu semata-mata untuk cuba dapatkan durian untuk nenek;) 
Anak Malaysia, mestilah saling bantu membantu... Kan???



                  

           Hey Hazama!








Saya Anak Malaysia !!!

         


Thursday 20 October 2011

Cantik = Sakit

  
     Hilang rindu bila dapat jumpa kawan-kawan opis tadi! Si comel Intan, Kak Zana, Adik Leen, Fida, Ema, Kak Lynda & Kak Jessy .  Tak lupa, Abg Zizi yang selalu membebel kalau stok hilang! Hehehe;p Yelah, mana tak nya? Bila kat ofis, asyik muka tu jek ~,~ 
Tapi, sekarang masing2 dah ada hala tuju kehidupan masing2.  Termasuk saya sendiri;)

     Dah sentuh bab pekerjaan ni, tiba-tiba teringat saat dulu2 dimana saya pernah berkhidmat di sana selama 4 tahun lebih sebagai perunding kecantikan. Pengalaman selama bekerja di Sendayu Tinggi banyak membuatkan saya belajar banyak benda & dari sana jugalah saya mengenali pelbagai ragam manusia terutamanya pelanggan.  Al-kisah, ada seorang kakak ni... 
katanya nak kuruskan badan lalu dicubalah ubat, dah cuba ubat kurus tak berhasil la plak. Apa lagi? datang ofis marah2... Bila ditanya balik: 
''Akak berdiet tak?'' Dijawabnya balik "Akak kene diet ke? dah beli ubat tak payah lah diet!'' Hehe, adoiiii... Akak, kalau nak kurus kenalah jaga makan, kalau kita tak jaga makan, telan ubat banyak mana pun memang tak boleh nak kurus la kak.
Emmmmm ~,~


NAK CANTIK, KENALAH SAKIT!

     Pernah dengar ayat ni? Menjadi lumrah kehidupan bagi sesiapa yang nak cantik, kena sakit. Bila ditanya, siapa tak nak cantik? Semua nak cantik kan? Betul tak? Ini pendapat jujur saya. Disebabkan saya pernah lalui, jadi tak salah untuk saya kongsikan. Tetapi jaganlah sampai nak memaksa diri. Tak baik macam tu. Ok!!!  Sebagai contoh, saya ambil dari diri saya sendiri.
   Dulu sewaktu di bangku sekolah, saya adalah seorang yang sangat aktif sukan. Dari sukan hoki, bola jaring, bola baling, bola tampar, lontar peluru, lompat jauh, lari bermeter2 memang muka ni la. Nampak je feminin kan?Hehe;) Pendek kata semua sukan saya masuk sebab saya minat & saya merupakan seorang yang lasak. Bila dah habis sekolah, badan saya naik mendadak. Ya Allah, memang gemuk. Sampaikan suatu saat tu bila tatap gambar dulu2, rasa macam tak percaya " Aku ke ni?" 


TERBUKA HATI
  
    Apa yang membuatkan saya terbuka hati nak kurus? Jawapannya adalah saya dah  tak sanggup nak bawa badan yang berat & saya sayangkan diri sendiri. Terpilih & bergelar sebagai seorang ''Dewi Remaja'' lagi menguatkan semangat ni!
Jadi? saya berusahalah...

    Saya cuba macam2 benda untuk turunkan berat. Antaranya, semua ubat saya telan, saya minum, saya sapu, beli sauna & yang paling drastik daftarkan diri masuk ke pusat pelangsingan badan! Itu tak termasuk cara saya berdiet lagi? Akan datang, saya cerita. Hakikat, ianya adalah sesuatu yang menyakitkan! 
Di sini saya kongsikan senaman yang mampu menurunkan berat badan;) Senaman ni memfokuskan bahagian bawah dimana banyak sangat proses mengangkat. Jadi, bagi sesiapa yang mengalami masalah "buah pear" tu, cubalah!


Masa shoot ni, berpeluh-peluh! Ternyata senaman ni memang berkesan.


Cubalah!!!

    Walaubagaimanapun, terpulanglah pada diri masing2. Cukuplah dengan apa yang saya dah buat sekarang. Turun sebanyak 15 kilo merupakan satu pencapaian terhebat! Kalau nak kurus lagi pun, mungkin 5 kilo dari berat saya sekarang;) InsyaAllah.
Jadi, bagi sesiapa yang nak cantik tu, tak salah jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Asalkan ianya tak melampaui batasan & agama. Mesti boleh. Chaiyok!!! Chaiyok!!!


Monday 17 October 2011

(✿◠‿◠) Bonux (◡‿◡✿)


        
      Bertuah badan sebab sebab dapat suami yang sangat rajin sampaikan semua baju nak dibasuhkan. Suami jugak lah yang memperkenalkan produk sabun yang bagus pada saya iaitu Bonux! " Hehehe=) 

      Hari nie, shooting kali kedua untuk iklan sabun Bonux. Tapi kali ini, banyak perbezaan di mana iklan ini dilakukan di kawasan perkampungan Kuang, Rawang & ini merupakan sambungan kepada iklan sebelum ni. Ada sambung2 plak kan? Yelah, nak perkenalkan sabun ni kepada orang ramai sebab ianya merupakan keluaran produk terbaru.

           Pengalaman jadi ''isteri'' Abg. Salleh ni memang kelakar, sebab abg Salleh ni memang suka buat lawak. Jadi, waktu shooting  ni tak la layan bosan & memang tak kering gusi bila tengok telatah dia. Walaubagaimanapun, dia seorang yang tegas & dalam masa yang sama tak lokek nak berkongsi ilmu  terutama dalam bidang seni.
     


 First sequence bonux ad shoot;)



 Second sequence bonux ad shoot;)


      
      Ok! meh saya cerita sikit tentang kelebihan yang ada pada sabun Bonux ni.
Untuk pengetahuan semua, sabun ini mempunyai 3 kelebihan yang memang kita sebagai pengguna amat perlukan! Kalau nak cari sabun yang terbaik, pakai la sabun ni sebab ianya mempunyai 3 kelebihan.
Antaranya:


                                                 
                               1) Mencuci dengan mudah!

                               2) Haruman tahan lebih lama!

                               3) Menjimatkan wang!



  So, apa tunggu lagi?  Dapatkanlah di pasaran sekarang!
    










Sunday 16 October 2011

Tourism Malaysia


                                                    '' 1 Malaysia Bersih & Indah ''
 











  Cantik kan bunga2 ni? Awal pagi tadi ada shooting untuk iklan tourism Malaysia 
''1 Malaysia bersih & indah" bertempat di  Taman Tasik Perdana, KL. Macam biasa lah, awal pagi kena ada di lokasi.  Gagahkan mata untuk bekerja walaupun penat semalam tak hilang lagi! Alhamdulillah, rezeki..;)  
Hilang terus ngantok bila sampai sana, mana tak nya? Seronok tengok auntie2 layan yoga! Hehe +,+  
   Nanti boleh lah tengok iklan ni kat tv untuk semua rakyat  dari Kementerian Pelancongan Malaysia.





                                 Salam 1 Malaysia !!!


Saturday 15 October 2011

Money Drop!

  
    Letihnya hari ni... Pukul 3 setengah pagi dah keluar rumah, Walaupun mata rasa berat je nak bukak, tapi kene kuat juga sebab kena bekerja mencari sesuap nasi;-) Alhamdulillah, rezeki... Hari ni ada shooting untuk promo rancangan ''Money Drop" akan datang di saluran astro. Lokasi shooting kitorang kat Dengkil. Cantik sangat tempat tu, tapi jalan beralun-alun macam padang jarak padang terkukur. Dalam sangat kawasan tu nak sampai! 
Tapi, apakan daya, redah je la...
Penggambaran dimulakan awal pagi sebab cuaca kat sana teramatlah cantik, manakala dihabiskan sebelum malam sebab kat sana tak ada lampu, gelap gelita. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar;) 





       Tak sabar nak tengok hasilnya, sebab promo ni kelakar;p Kalau tak caya
          tunggu nanti eh;)  Ada aksi yang kita sendiri tak jangka! nak tau apa?

Mini cooper ni jatuh dari langit!!!

            Mesti semua tertanya-tanya kan? Apakah? Kenapakah? Mengapakah?
Hehe=D 

Nanti tengok lah kat tv.. Tungguuu!!!


Azar & Ira

                    Macam biasa la... Kami memang begini;p Suka-suki bergambar... 

















Thursday 13 October 2011

Pertemuan...

   Bila lama tak berjumpa, rindu... bila dah berjumpa, rasa tak nak berpisah plak. Tak sangka dah lama tak jumpa si gadis cantik aida, berasal dari utara, Kedah. Geng2 masa join ''Dewi Remaja'' dulu & kite dapat kawan baru nama dia Ana;) Seingat dulu, last jumpa  aida waktu final kitorang. Tu pun tak puas nak berborak panjang. Saya sayang perhubungan kitorang sebab dalam ramai2 dewi, dia adalah salah seorang teman yang  paling rapat.
Arah tuju sebenar? kami  ke Month Kiara! Ada casting...  
Malaysia ni kecik je rasanya... tak sangka plak terjumpa lelaki idaman malaya! Fairus Khalib, Hyder Jamal & Zul.  Diorang ni merupakan finalis maskulin, sebab itu la gagah2 belaka.
Dan tak sangka rupa-rupanya arah tuju diorang pun sama, Hehe... apa lagi? diorang jadi PA kami la. Habis je casting kitorang makan  kat  Sri Hartamas, Ali Cafe. 



Sempat pulak la nak pose yang tengah2 tu ~,~



Dari kiri: Zul, Hyder, Fairus, Aida & Ana



Mahal pose ni;D

Hensem + cantik kan diorang;) Untung la...
Ni ada pantun untuk korang:

                                                   
                                                   Nak kurus makanlah buah-buahan, 
                                                   Banyak makan sakit plak gigi;     
                                                   Ada masa diizinkan Tuhan,
                                                   Boleh lah kita berjumpa lagi;)

p/s: pantun moden =D

Sunday 9 October 2011

Laksa Penang =D

 Hari minggu ni biasanya ramai yang beristirehat di rumah kan? Yelah, waktu macam ni la kite nak habiskan masa bersama insan yang tersayang terutama keluarga & kawan2. Bagi saya sendiri, saya lebih suka memasak! suka sangat mencuba sesuatu masakan. 
Hari ni saya nak buat makanan kegemaran saya sejak dari kecil lagi iaitu laksa penang. Nak tau? Waktu sekolah menengah dulu, ada cerita di sebalik makanan ni. Ceritanya macam ni, sewaktu menuntut di tingkatan 2 dulu, saya masuk kelas Kemahiran Hidup. Masuk pulak bab pemakanan & pengurusan sajian bahagian pilihan ekonomi rumahtangga. So, kena la masak ~,~

     Pemilihan resepi dari group saya adalah nasi goreng & laksa. Masak penuh confident jek! Ala2 chef gitu... Last2, nasi goreng memang champion! tapi laksa  hampeh @,@  Nak tau sebab apa? sebab laksa kitorang manis! sebab letak gula.. hehehe;p Bawa balik rumah, dengan bangganya bagi mak rasa, memang kena gelak la. Tapi, mak ada cakap ''Takpe angah, boleh belajar lagi'' hehe.. Walaubagaimanapun, pengalaman menjadikan kita lebih matang. Alhamdulillah, sekarang dah pandai masak laksa;) Jadi, jom kita sama2 belajar buat makanan ni!



Bahan- bahan
  • Laksa
  • Ikan kembung
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Lada kering (diblender)
  • Asam keping
  • Cili padi
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam


Cara memasak:

  • Mula-mula ikan kembung perlu direbus dahulu bersama beberapa  asam keping & garam sampai masak lalu diasingkan isi + asam keping daripada tulang.




  • Kemudian, bawang besar + bawang kecil+ belacan+ lada kering+ cili padi diblender bersama asam keping tadi.

  • Bahan yang sudah diblender tadi dimasukkan dalam periuk, lepas tu masukkan isi ikan tadi lalu diblender tetapi tak perlu hancur sangat. Campurkan sekali dalam periuk.
  • Air campuran tulang ikan tadi jangan buang! Blender sekali dengan tulang2 lalu ditapis & masuk sekali dalam periuk tadi.
  • Kalau air tak cukup, boleh tambahkan lagi (kena agak2) + daun kesum+ bunga kantan+ garam & sedikit perasa.



  • Kacau & biarkan masak atas api.
  • Sementara nak tunggu kuah tu masak, boleh sediakan bahan2 untuk dihiris. Antaranya: salad, timun, bawang besar, limau kasturi, cili padi & telur rebus.
Bahan-bahan untuk menyedapkan lagi laksa!

  • Akhirnya, bila semuanya dah siap bolehlah dihidangkan. 
         Selamat menjamu selera!




Ini lah laksa hasil masakan saya;)

Tuesday 4 October 2011

Ayam masak lemak cili padi =D


     Wah! sedap kan menu atas tu? A'ah memang sedap!!! hehe;p 
Hari ni teringin plak nak masak ayam lemak cili padi, resepi asli dari Negeri Sembilan. Dengar nama negeri tu je dah tau masakan yang berasal dari sana confirm2 semuanya yang berunsurkan cili & pedas. Bagi sesiapa yang tak tahan pedas tu, boleh la kurangkan cili. Oleh itu, hari ni saya nak kongsikan resepi masakan saya di bawah ni. Korang patut cuba tau!



Bahan-bahan:

  •  Ayam
  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam


Cara memasak:

  1. Mula-mula perlu pastikan ayam yang sudah dibasuh, ditoskan dahulu bagi mengeluarkan lebihan  air.
  2. Sediakan bahan untuk ditumbuk iaitu cili, serai & kunyit hidup. Bagi sesiapa yang malas nak   tumbuk, boleh juga guna blender. Jimat cikit masa!
  3. Gaulkan ayam bersama bahan2 yang ditumbuk tadi di dalam periuk di atas api yang perlahan. Tujuannya adalah untuk mengeringkan air & mengecutkan ayam tadi.
  4. Kemudian, masukkan santan, asam keping, garam & secukup rasa.
  5. Perlu diingatkan untuk kacau masakan ni bagi memastikan santan tak berketul & naik minyak. Kalau tak, kuah ni pecah minyak!
  6. Bila dah masak, angkat, hidang & sedia untuk dimakan;)





Taraaaa!!! ini la hasil masakan saya hari ni;) Bukan nak angkat bakul sendiri, tapi memang sedap. Kalau tak percaya, cubalah sendiri! 

Sunday 2 October 2011

Jodoh itu rahsia Allah...

  Alhmdulillah, selesai sudah pergi khusus kahwin selama 2 hari berturut-turut! Tak sangka terlalu cepat untuk saya lalui detik2 ini;) Yelah, ingatkan lama lagi nak berumahtangga, tapi dah sampai seru dari illahi, saya terima, syukur alhamdulillah. Banyak sangat ilmu baru & pengajaran yang telah saya perolehi. Sungguh berilmu! Jadi, bagi yang dah bersedia nak berumahtangga tu jangan la lambat2. Pergilah!!! Lagi cepat lagi bagus.
Antara ilmu yang saya dapat hari ni adalah kita sebagai pasangan yang akan berkahwin, perlu melengkapkan diri dengan persediaan tertentu yg meliputi ilmu fardhu & fardhu kifayah, sama ada yang berkaitan dengan persediaan fizikal, mental, spiritual, ekonomi & sosial. Penekanan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan matlamat pembinaan keluarga bahagia dapat dicapai.
Tetapi, dalam setuju saya, ada terselit pendapat saya yang mengatakan tak setuju jika khusus kahwin ni dihadiri oleh pasangan yang akan melayari bahtera perkahwinan sahaja, sebab sepatutnya perlu dihadiri oleh pasangan muda yang baru mula nak bercouple! Baru diorang faham apa sebenarnya erti sesuatu perhubungan. Dari situ, barulah lahirnya keikhlasan dan akan lebih menghargai pasangan masing2. Jadi, insyaAllah, tak akan timbul masalah di kemudian hari. Ini pendapat ikhlas saya >,<
Setiap manusia kan mempunyai pemikiran yang berbeza, jadi terpulanglah pada diri masing2;) Apa yang terbaik kita kongsi bersama, wasalam.


Cebisan hati...
               Aku ingin memiliki seorang yang bisa menjagaku, 
          menjadi imam di dalam kehidupanku,
          yang menuntut aku ke jalan Mu ya Allah.
          yang mengusap air mataku ketika aku menangis, 
          yang mencium keningku ketika aku tidur,  
          yang menegur aku ketika aku salah, 
          yang selalu mencintai aku dengan tulus.