Kesayangan

Friday 25 November 2011

Duyung Thailand


Alaaa Kassim u buat apa tu !!!!!!!!

 
Disaat sedang mencari latest news pasal banjir di Thailand, boleh plak la terjumpa gambar ni... Adoiiiii, aje lerrr @,@









SEMPAT NOKKK MAKKK POSING DI AYER SEBEGINI... U OLSSSSS MAMPU???

   

Thursday 24 November 2011

Maafkan saya =,=


As'salam;) 

Adeh, lama betul tak update blog! Walaubagaimanapun, x kisah lah kan... mana ada orang nak baca pun blog saya yang x seberapa nih ~,~ Oh ye! terlalu banyak benda yang nak dikongsikan bersama. Yelah! mana nak sempat update kalau selalu sangat sibuk melakukan persiapan. 
Persiapan apa? Persiapan perkahwinan;) ye saya! kini hanya tinggal sebulan je lagi untuk saya menamatkan tittle ''Cik'' kerana saya bakal menamatkan zaman bujang & pegang plak tittle ''Puan'' ;) 
Kehidupan yang dilalui oleh seorang wanita seperti saya amat memerlukan kekuatan dari segi fizikal & mental yang perlu ada pada diri. Macam-macam benda yang telah saya lalui sepanjang bulan ini yang banyak menguji tahap kesabaran. Saya sendiri tak pasti & langsung tak tau sama ada saya disukai @ dibenci. Sekalipun ada yang terasa hati di atas tindakan saya sekarang, maafkan saya.
Ye saya! saya dah kehilangan ramai kawan2 yang selama ini mengelilingi hidup saya;) Di kesempatan ini saya nak minta maaf andai sesiapa yang pernah menyimpan sekelumit perasaan yang saya sendiri tidak sedar, sepuluh jari dihulurkan tanda kemaafan ikhlas dari diri saya. Memang di waktu kite menjalinkan persahabatan saya tidak mempunyai seseorang yang istimewa langsung & ianya memang benar.   
Sesungguhnya  jodoh & ajal maut itu semuanya di tangan Tuhan & Dia sahajalah yang maha mengetahui. Walaubagaimanapun, ikhlas dari diri ini mengatakan yang saya masih anggap anda sume kawan terbaik yang pernah saya jumpa;)
Rasanya tak perulah saya nak menceritakan keseluruhan hal peribadi saya disini, kerana saya rasa setiap orang perlukan privacy masing-masing. Cukuplah saya hanya bagitahu yang
YA!
Saya sudah pun bertunang & akan datang bakal mendirikan rumahtangga. Moga Allah memberkati perhubungan kami. Harapannya, moga semua berjalan dengan lancar, amin.



Wednesday 2 November 2011

Auni Nur Islam



Layankan gembira sambil menari,
Menari-nari  senanglah hati;
Auni Nur Islam Mohd Hafiz nama diberi,
Cahaya mata pasangan dua sejoli,

Wah! berpantun gituwwww! layan je la pantun ciptaan saya  ni  =,= 

Oh ye! Comel kan si kecik ni? baru berusia 2 bulan... Hasil kebahagiaan rumahtangga kawan baik saya sejak kecik lagi, Ayun bersama teman sehidup sematinya Hafiz;) Apa yang saya nak kongsikan disini, saya tak sangka perhubungan yang dibina selama 7 tahun akhirnya disimpulkan dengan perkahwinan. Romantik kan ~,~ 
 Untuk ayun, moga kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kehidupan yang dilalui;)
Inilah jodoh namanya, walau sekejap @ selama mana perhubungan tu jika dah ditetapkan dialah jodoh kita, insyaAllah takkan kemana. Sesungguhnya jodoh itu kan rahsia 
Allah S.W.T  
Jadi, kita hanya mampu berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik dari yang terbaik. Amin.
Dan saya percaya cinta takkan selalu bersama jodoh, tetapi jodoh akan selalu bersama cinta '__'


Tuesday 1 November 2011

InfO penting !!!

   Saya  ada terbaca satu artikel yang mengatakan ada  7 perkara paling bahaya dalam kehidupan seharian! Nak tau apa?  Meh saya share! 
Bacalah...

Bekas botol minuman



Mungkin kita mempunyai kebiasaan memakai semula berulang kali botol plastik (Aqua,VIT,etc) & meletakkannya di kereta atau di pejabat. Kebiasaanya ini tidak baik kerana bahan plastik botol yang digunakan di botol-botol ini mengandungi zat-zat karsinogen. Botol ini selamat untuk dipakai 1-2 kali sahaja, tak boleh lebih dari seminggu & perlulah diletakkan di tempat yang jauh dari matahari. Kebiasaan mencuci ulang kali dapat membuat lapisan plastik rosak dan zat karsinogen itu boleh masuk ke dalam air yang kita minum. Jadi, adalah dinasihatkan supaya membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang kali & jangan memakai botol plastik.


Pembungkus makanan




Bagi sebahagian orang, pembungkus makanan hanya sekadar pembalut makanan dari pelindung makanan. Sebenarnya ianya bukan sekadar bungkusan, ianya bergantung jenis bahan bungkusan itu. Sebaiknya mulai sekarang kita perlu cermat memilih pembungkus makanan. Pembungkus  makanan mempunyai fungsi kesihatan, pengawetan, kemudahan, penyeragaman, promosi dan maklumat. Ada begitu banyak bahan yang digunakan sebagai pembungkus primer pada makanan iaitu pembungkus yang bersentuh langsung dengan makanan. Tetapi tidak semua bahan ini selamat bagi makanan yang dibungkusnya.




Styrofoam
Pembungkus styrofoam @ polystiren telah menjadi pilihan yang paling popular dalam perniagaan tetapi kajian terkini membuktikan bahawa styrofoam diragui keselamatannya kerana ia diperbuat daripada kopolimer styren. Ianya menjadi pilihan peniaga kerana tak mudah bocor & mudah dipegang. Selain itu, ia juga mampu menahan panas & sejuk & tetap selesa dipegang. Selain itu makanan akan tetap segar & boleh didapati dengan harga yang murah serta ringan. Pada Julai 2001, Jabatan Keselamatan Makanan dari Jepun membuat kesimpulan bahawa pengunaan styrofoam dalam makanan sangat bahaya yang dapat menyebabkan endocrine disrupter (EDC) iaitu suatu penyakit yang terjadi akibat adanya gangguan pada sistem endokrinologi & reproduktif manusia akibat bahan kimia dalam makanan.


Kertas


Beberapa kertas pembungkus dan bukan kertas pembungkus (suratkhabar & majalah) yang selalu digunakan untuk membungkus makanan, didapati mengandungi Plumbum (Pb) melebihi paras yang dibenarkan. Di dalam tubuh manusia, plumbum masuk melalui saluran pernafasan kita dan dari pencernaan menuju sistem peredaran darah dan kemudian menyebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf & tulang. Keracunan plumbum pada orang dewasa ditandai dengan gejala 3P, iaitu pallor(pucat), pain(sakit) dan paralysis(kelumpuhan). Keracunan yang terjadi boleh menjadi kronik dan teruk. Untuk menghindar dari makanan yang mengandungi logam memang agak susah. Banyak makanan ringan seperti pisang goreng, tauhu goreng & tempe goreng yang dibungkus dengan kertas suratkhabar kerana kurang pengetahuan dari peniaga sebab bahan yang panas dan berlemak itu lebih mudah memindahkan plumbum tersebut. Sebagai usaha pencegahan, letaklah makanan ringan tersebut di atas piring.




Mi Segera
Dari maklumat doktor, terdapat lilin yang melapisi mi segera ini & bagi sesiapa yang menyukai makanan ini mempunyai jarak tiga hari setelah korang makan mi segera untuk mengulang makan kembali. Sebab itulah mi segera tidak melekat satu sama lainnya ketika dimasak. Memakan mi segera setiap hari akan meningkatkan kemungkinan seseorang terkena kanser kerana adanya lilin dalam mi segera & tubuh kita memerlukan waktu lebih dari dua hari untuk memproses lilin tersebut.


Penggemar Satay

Kalau korang makan satay, jangan lupa makan timun sekali! kerana satay mempunyai karbon dari hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkna kanser. Ini kerana satay mempunyai zat Karsinogen (penyebab kanser) manakala timun pula anti Karsinogen. Jadi pastikan jangan lupa makan timun setelah makan satay!


Udang
 &
Vitamin C

Jangan makan udang jika makan Vitamin C. Ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang merupakan proses tindakbalas dari udang dan Vitamin C di dalam tubuh & akan mengakibatkan keracunan yang teruk dalam beberapa jam.