Kesayangan

Thursday 24 November 2011

Maafkan saya =,=


As'salam;) 

Adeh, lama betul tak update blog! Walaubagaimanapun, x kisah lah kan... mana ada orang nak baca pun blog saya yang x seberapa nih ~,~ Oh ye! terlalu banyak benda yang nak dikongsikan bersama. Yelah! mana nak sempat update kalau selalu sangat sibuk melakukan persiapan. 
Persiapan apa? Persiapan perkahwinan;) ye saya! kini hanya tinggal sebulan je lagi untuk saya menamatkan tittle ''Cik'' kerana saya bakal menamatkan zaman bujang & pegang plak tittle ''Puan'' ;) 
Kehidupan yang dilalui oleh seorang wanita seperti saya amat memerlukan kekuatan dari segi fizikal & mental yang perlu ada pada diri. Macam-macam benda yang telah saya lalui sepanjang bulan ini yang banyak menguji tahap kesabaran. Saya sendiri tak pasti & langsung tak tau sama ada saya disukai @ dibenci. Sekalipun ada yang terasa hati di atas tindakan saya sekarang, maafkan saya.
Ye saya! saya dah kehilangan ramai kawan2 yang selama ini mengelilingi hidup saya;) Di kesempatan ini saya nak minta maaf andai sesiapa yang pernah menyimpan sekelumit perasaan yang saya sendiri tidak sedar, sepuluh jari dihulurkan tanda kemaafan ikhlas dari diri saya. Memang di waktu kite menjalinkan persahabatan saya tidak mempunyai seseorang yang istimewa langsung & ianya memang benar.   
Sesungguhnya  jodoh & ajal maut itu semuanya di tangan Tuhan & Dia sahajalah yang maha mengetahui. Walaubagaimanapun, ikhlas dari diri ini mengatakan yang saya masih anggap anda sume kawan terbaik yang pernah saya jumpa;)
Rasanya tak perulah saya nak menceritakan keseluruhan hal peribadi saya disini, kerana saya rasa setiap orang perlukan privacy masing-masing. Cukuplah saya hanya bagitahu yang
YA!
Saya sudah pun bertunang & akan datang bakal mendirikan rumahtangga. Moga Allah memberkati perhubungan kami. Harapannya, moga semua berjalan dengan lancar, amin.



2 comments:

  1. Rapat tak rapat, kad jangan lupa bagi. Datang tak datang, InsyaALLAH (tak berani janji). Tahniah sahabat :)

    ReplyDelete
  2. amin.....(insan yg baik hati nie..:p)

    ReplyDelete

Komen letak kat sini: