Kesayangan

Tuesday 4 October 2011

Ayam masak lemak cili padi =D


     Wah! sedap kan menu atas tu? A'ah memang sedap!!! hehe;p 
Hari ni teringin plak nak masak ayam lemak cili padi, resepi asli dari Negeri Sembilan. Dengar nama negeri tu je dah tau masakan yang berasal dari sana confirm2 semuanya yang berunsurkan cili & pedas. Bagi sesiapa yang tak tahan pedas tu, boleh la kurangkan cili. Oleh itu, hari ni saya nak kongsikan resepi masakan saya di bawah ni. Korang patut cuba tau!



Bahan-bahan:

  •  Ayam
  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam


Cara memasak:

  1. Mula-mula perlu pastikan ayam yang sudah dibasuh, ditoskan dahulu bagi mengeluarkan lebihan  air.
  2. Sediakan bahan untuk ditumbuk iaitu cili, serai & kunyit hidup. Bagi sesiapa yang malas nak   tumbuk, boleh juga guna blender. Jimat cikit masa!
  3. Gaulkan ayam bersama bahan2 yang ditumbuk tadi di dalam periuk di atas api yang perlahan. Tujuannya adalah untuk mengeringkan air & mengecutkan ayam tadi.
  4. Kemudian, masukkan santan, asam keping, garam & secukup rasa.
  5. Perlu diingatkan untuk kacau masakan ni bagi memastikan santan tak berketul & naik minyak. Kalau tak, kuah ni pecah minyak!
  6. Bila dah masak, angkat, hidang & sedia untuk dimakan;)





Taraaaa!!! ini la hasil masakan saya hari ni;) Bukan nak angkat bakul sendiri, tapi memang sedap. Kalau tak percaya, cubalah sendiri! 

No comments:

Post a Comment

Komen letak kat sini: