Kesayangan

Sunday 9 October 2011

Laksa Penang =D

 Hari minggu ni biasanya ramai yang beristirehat di rumah kan? Yelah, waktu macam ni la kite nak habiskan masa bersama insan yang tersayang terutama keluarga & kawan2. Bagi saya sendiri, saya lebih suka memasak! suka sangat mencuba sesuatu masakan. 
Hari ni saya nak buat makanan kegemaran saya sejak dari kecil lagi iaitu laksa penang. Nak tau? Waktu sekolah menengah dulu, ada cerita di sebalik makanan ni. Ceritanya macam ni, sewaktu menuntut di tingkatan 2 dulu, saya masuk kelas Kemahiran Hidup. Masuk pulak bab pemakanan & pengurusan sajian bahagian pilihan ekonomi rumahtangga. So, kena la masak ~,~

     Pemilihan resepi dari group saya adalah nasi goreng & laksa. Masak penuh confident jek! Ala2 chef gitu... Last2, nasi goreng memang champion! tapi laksa  hampeh @,@  Nak tau sebab apa? sebab laksa kitorang manis! sebab letak gula.. hehehe;p Bawa balik rumah, dengan bangganya bagi mak rasa, memang kena gelak la. Tapi, mak ada cakap ''Takpe angah, boleh belajar lagi'' hehe.. Walaubagaimanapun, pengalaman menjadikan kita lebih matang. Alhamdulillah, sekarang dah pandai masak laksa;) Jadi, jom kita sama2 belajar buat makanan ni!



Bahan- bahan
  • Laksa
  • Ikan kembung
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Lada kering (diblender)
  • Asam keping
  • Cili padi
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam


Cara memasak:

  • Mula-mula ikan kembung perlu direbus dahulu bersama beberapa  asam keping & garam sampai masak lalu diasingkan isi + asam keping daripada tulang.




  • Kemudian, bawang besar + bawang kecil+ belacan+ lada kering+ cili padi diblender bersama asam keping tadi.

  • Bahan yang sudah diblender tadi dimasukkan dalam periuk, lepas tu masukkan isi ikan tadi lalu diblender tetapi tak perlu hancur sangat. Campurkan sekali dalam periuk.
  • Air campuran tulang ikan tadi jangan buang! Blender sekali dengan tulang2 lalu ditapis & masuk sekali dalam periuk tadi.
  • Kalau air tak cukup, boleh tambahkan lagi (kena agak2) + daun kesum+ bunga kantan+ garam & sedikit perasa.



  • Kacau & biarkan masak atas api.
  • Sementara nak tunggu kuah tu masak, boleh sediakan bahan2 untuk dihiris. Antaranya: salad, timun, bawang besar, limau kasturi, cili padi & telur rebus.
Bahan-bahan untuk menyedapkan lagi laksa!

  • Akhirnya, bila semuanya dah siap bolehlah dihidangkan. 
         Selamat menjamu selera!




Ini lah laksa hasil masakan saya;)

1 comment:

Komen letak kat sini: