Kesayangan

Thursday 20 October 2011

Cantik = Sakit

  
     Hilang rindu bila dapat jumpa kawan-kawan opis tadi! Si comel Intan, Kak Zana, Adik Leen, Fida, Ema, Kak Lynda & Kak Jessy .  Tak lupa, Abg Zizi yang selalu membebel kalau stok hilang! Hehehe;p Yelah, mana tak nya? Bila kat ofis, asyik muka tu jek ~,~ 
Tapi, sekarang masing2 dah ada hala tuju kehidupan masing2.  Termasuk saya sendiri;)

     Dah sentuh bab pekerjaan ni, tiba-tiba teringat saat dulu2 dimana saya pernah berkhidmat di sana selama 4 tahun lebih sebagai perunding kecantikan. Pengalaman selama bekerja di Sendayu Tinggi banyak membuatkan saya belajar banyak benda & dari sana jugalah saya mengenali pelbagai ragam manusia terutamanya pelanggan.  Al-kisah, ada seorang kakak ni... 
katanya nak kuruskan badan lalu dicubalah ubat, dah cuba ubat kurus tak berhasil la plak. Apa lagi? datang ofis marah2... Bila ditanya balik: 
''Akak berdiet tak?'' Dijawabnya balik "Akak kene diet ke? dah beli ubat tak payah lah diet!'' Hehe, adoiiii... Akak, kalau nak kurus kenalah jaga makan, kalau kita tak jaga makan, telan ubat banyak mana pun memang tak boleh nak kurus la kak.
Emmmmm ~,~


NAK CANTIK, KENALAH SAKIT!

     Pernah dengar ayat ni? Menjadi lumrah kehidupan bagi sesiapa yang nak cantik, kena sakit. Bila ditanya, siapa tak nak cantik? Semua nak cantik kan? Betul tak? Ini pendapat jujur saya. Disebabkan saya pernah lalui, jadi tak salah untuk saya kongsikan. Tetapi jaganlah sampai nak memaksa diri. Tak baik macam tu. Ok!!!  Sebagai contoh, saya ambil dari diri saya sendiri.
   Dulu sewaktu di bangku sekolah, saya adalah seorang yang sangat aktif sukan. Dari sukan hoki, bola jaring, bola baling, bola tampar, lontar peluru, lompat jauh, lari bermeter2 memang muka ni la. Nampak je feminin kan?Hehe;) Pendek kata semua sukan saya masuk sebab saya minat & saya merupakan seorang yang lasak. Bila dah habis sekolah, badan saya naik mendadak. Ya Allah, memang gemuk. Sampaikan suatu saat tu bila tatap gambar dulu2, rasa macam tak percaya " Aku ke ni?" 


TERBUKA HATI
  
    Apa yang membuatkan saya terbuka hati nak kurus? Jawapannya adalah saya dah  tak sanggup nak bawa badan yang berat & saya sayangkan diri sendiri. Terpilih & bergelar sebagai seorang ''Dewi Remaja'' lagi menguatkan semangat ni!
Jadi? saya berusahalah...

    Saya cuba macam2 benda untuk turunkan berat. Antaranya, semua ubat saya telan, saya minum, saya sapu, beli sauna & yang paling drastik daftarkan diri masuk ke pusat pelangsingan badan! Itu tak termasuk cara saya berdiet lagi? Akan datang, saya cerita. Hakikat, ianya adalah sesuatu yang menyakitkan! 
Di sini saya kongsikan senaman yang mampu menurunkan berat badan;) Senaman ni memfokuskan bahagian bawah dimana banyak sangat proses mengangkat. Jadi, bagi sesiapa yang mengalami masalah "buah pear" tu, cubalah!


Masa shoot ni, berpeluh-peluh! Ternyata senaman ni memang berkesan.


Cubalah!!!

    Walaubagaimanapun, terpulanglah pada diri masing2. Cukuplah dengan apa yang saya dah buat sekarang. Turun sebanyak 15 kilo merupakan satu pencapaian terhebat! Kalau nak kurus lagi pun, mungkin 5 kilo dari berat saya sekarang;) InsyaAllah.
Jadi, bagi sesiapa yang nak cantik tu, tak salah jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Asalkan ianya tak melampaui batasan & agama. Mesti boleh. Chaiyok!!! Chaiyok!!!


No comments:

Post a Comment

Komen letak kat sini: