Kesayangan

Friday 17 February 2012

Pavlova!

Yummy!!! kelazatan dari intinya yang lembut, kerangupan dari meringue pavlova...
nikmatnya la aiii... bila masuk dalam perut. hehe;))
Dengar nama je dah best kan? bile makan lagi best tau! Yelah, sebelum ni ada upload pic kat facebook semua pakat tanya saya "sedap ke pavlova tu?'' Jawapannya of course ler sedap!
:**PAVLOVA
Dessert ni sebenarnya berasal dari Australia sejak tahun 1920- an lagi di mana ianya menjadi hidangan kebangsaan Australia.
Ia diberi nama pavlova sempena nama penari balet terkenal dari Russia, Anna Pavlova. Walaubagaimanapun, nak bagitau jugak tentang makanan ni, bagi sesiapa yang takut gemuk tu jangan diamalkan selalu sebab pasti lemak berjoget- joget dalam badan;p

Mari saya ajar cara nak buat pavlova ni;)


BAHAN-BAHAN

4 biji telur putih
1 cawan gula kastor
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka putih
1/2 sudu teh esen vanila


UNTUK HIASAN ATAS

1 cawan krim putar
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh vanila


HIASAN

Gunakan buah-buahan yang masam lagi bagus!

CARA-CARA PENYEDIAAN.


1) Pukul putih telur bersama gula hingga kembang.
2) Masukkan tepung jagung, vanila dan cuka. Pukul sehingga putih dan kaku.
3) Lapikkan dulang pembakar dengan kertas dan tuang adunan telur tadi dan bentukkan bulatan.
(Bagi yang sukar nak membentukkan bulatan, sebelum tu boleh lah lukis bulatan atas kertas
minyak untuk permudahkan proses membulat)
Bakar pada suhu 105'c selama dua setengah jam.
Proses membulatkan pavlova!


4) Pukul krim putar bersama gula kastor dan vanila hingga pekat.

5) Tuangkannya di atas pavlova.
6) Last sekali, taburkan dengan buah-buahan yang dihiris tadi. Bagi yang minat coklat tu, boleh jugak
tambah hirisan coklat.

Done! try la...


Ni la rupa pavlova saya ('',)




4 comments:

Komen letak kat sini: