Kesayangan

Friday 3 February 2012

On my wedding day........................ i think i'm going to cry;)

Assalamualaikum;)
Selamat datang februari;) Wah!!! lama betol tak update blog ni;p Dah bersawang plak rasanya... hihi
2012! Tahun baru, 1 transformasi hidup yang sedang saya  lalui dimana dari hidup bujang ke keluarga. Dulu makan sorang, sekarang makan berdua. hehe ~,~
memang jauh berbeza berbanding zaman muda mudi dulu. 
From single to double, from 1 to 2 insyaAllah pray for no. 3!
Alhamdulillah, saya kini sah berstatus isteri. Terima kasih padaMu Ya Allah kerana menyempurnakan  perjalanan majlis perkahwinan kami, saya selamat diijabkabulkan bersama suami pada 
24hb Disember 2011.
Moga, ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga hendaknya, amin.
Disebabkan bertemakan bulan cinta sempena Februari ni, saya nak share pengalaman indah saya kepada semua.  



Bukan kacang sebarang kacang, kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang, datang membawa hajat di hati.
 


Kami datang menaiki kereta, walau jauh tidak terasa,
Hajat ingin memetik bunga, kerana kumbang mengada- ngada;p 

Tidur malam tidak lena, fikiran melayang serba tak kena,
Senyum lebar hingga ke telinga, Hati tak keruan teringatkan bunga.


Bukan rapat sebarang rapat, dari jauh melangkah selari,
Silakan ya qadial hajat luahan, hajat kita dengari.


 Hajat bukan sebarang hajat, hajat ingin menyunting si puteri, 
Jika tepat kata sepakat, cincin tanda sarungkanlah ke jari.
 

Wahai orang di sana, orang di sini ingin bertanya,
Sudikah kamu menjadi teman setia, jalani kehidupan dunia bersama.

Jika kamu katakan ya, maka jangan disiakan masa, 
mari kita mulakan upacara, sarungkan cincin pada si dia.

Sekalung penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah datang memeriahkan majlis kami
&
tak lupa juga nak ucapkan terima kasih pada mereka-mereka yang banyak membantu sehingga majlis ini selesai;)
Terima kasih.

3 comments:

  1. tahniah kak feez..sy nak tgk gmbr kawen kak feez yg lain palk..:))

    ReplyDelete
  2. sweet,..tp nk tgk lg pic2 wedding fieza more n more..:P (zieanamaya)

    ReplyDelete

Komen letak kat sini: